Ahad, 21 Januari 2018

Ahli Akademik Persoal Nurul Izzah Ubah Pendirian


 Dr. Kamarul Zaman Yusoff



MYNEWSHUB.CC


KUALA LUMPUR – Pada 15 April 2016, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilaporkan oleh sebuah portal berita propembangkang sebagai berkata “Mahathir Diktator – Tak Boleh Tentukan Masa Depan Negara”

 

Kini hanya selepas setahun lebih atau selepas pimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP mengumumkan Tun Dr. Mahathir Mohamad calon Perdana Menteri pembangkang, Naib Presiden PKR itu akur dengan berkata “Pemilihan Tun M Sebagai Perdana Menteri Tepat”

Sehubungan itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff mempersoalkan apakah nasib yang akan menimpa masa depan politik PKR berdasarkan sikap yang ditonjolkan pemimpin parti berkenaan.

“Semalam, 19 Januari 2018, Nurul Izzah yang sama yang dipetik oleh portal berita Sinar Harian Online sebagai berkata “Pemilihan Tun M Sebagai Perdana Menteri Tepat”.

“Betullah juga kata orang bahawa kata-kata itu murah (“talk is cheap”) dan bila kata-kata yang murah ini dilontarkan oleh seorang pemimpin politik PKR yang dilaung-laungkan sebagai kononnya berintegriti dan berprinsip, bagaimanakah agaknya masa depan PKR,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Mahathir seorang bekas pemimpin negara yang diketahui umum memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya selepas beberapa bulan menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun mendapat tentangan sebahagian besar penyokong pembangkang.

Pencalonan beliau sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang. – MYNEWSHUB.CC


LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: