PARTI Pribumi Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya mereka tulis Malaysian United Indigenious Party (MUIP)
Orang tidak sedar 'Pribumi' itu terjemahan bahasa 'orang putih' yang
selalu orang pakai selain 'Indigenious' adalah 'Native', yang bermaksud
orang asal.
Sebenarnya asalnya mahu diletak Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia.
Yang terjemahannya Inggerisnya adalah United Malaysian Natives
Organization. Ringkasnya Umno! Kerana mereka sungguh sungguh sayangkan
Umno.
Tetapi mereka menyamar dulu sementara jatuhkan lawan politik mereka,
Najib, dengan memperkudakan parti parti politik yang terdesak mahu
mencari sokongan orang Melayu kerana PAS tetap tegas tidak mahu bersama
mereka.
PRU14, jika Najib gagal, ahli Umno akan desak beliau letak jawatan.
Pemimpin baru yang gantikan Najib akan isytihar mahu membuka lembaran
baru dengan mempelawa bekas pemimpin Umno yang berada dalam PPBM agar
pulang ke pangkuan Umno.
Itulah yang diperkatakan ahli Umno di bawah. Yang di luar Umno yang
bersama dengan Mahathir, mahupun yang masih ahli Umno tapi mahu beri
tekanan supaya Najib meletak jawatan. Mereka berpakat. Yang dalam akan
sabotaj dengan mengundi 'Umno' Mahathir.
Sudah PRU14, Mahathir akan mula tunjuk wajah sebenar yang akan
memulakan perselisihan dan pergaduhan dengan parti lain dalam Pakatan
Harapan.
Dia akan mulakan dengan bergaduh dengan DAP. Beliau cukup benci DAP
sejak dari dulu sepertimana ahli Umno yang lain yang sejak dari kecil
diasuh memusuhi DAP.
Dia akan menghasut bekas ahli Umno dalam PKR untuk bersamanya
menentang DAP dengan membangkitkan rasa tak puas hati sikap DAP yang
tamak dan mahu tentukan banyak perkara hingga mencampuri urusan yang
berkait sensitiviti orang Melayu.
Dengan mula kembali bermusuh dengan DAP, dia tahu akan dengan cepat mengembalikan sokongan ahli Umno kepada beliau.
Atas alasan tiada persefahaman lagi, Mahathir sendiri yang akan
merundingkan 'kepulangan beramai ramai' ahli PPBM dan sebahagian PKR ke
dalam Umno.
PH yang awal-awal lagi telah mengagihkan bilangan kerusi paling besar
kepada PPBM sebenarnya telah hilang 52 kerusi PPBM itu kepada Barisan
Nasional. Itu belum lagi termasuk bilangan kerusi di Sabah yang paling
besar akan diperuntukkan kepada parti pimpinan mantan Naib Presiden
UMNO, Shafie Apdal yang bila dijumlahkan nanti begitu besar bilangannya
mengatasi parti PKR, PAN, DAP.
Akhirnya, pelan besar Mahathir untuk menyelamatkan Barisan Nasional akan tercapai.
Hampa dan kecewalah rakyat yang gigih berjuang inginkan perubahan. Mereka yg berkorban di era Reformasi.
PAS yang menjadi 'musuh politik tradisi' Umno ini telah cukup masak
dengan psikologi politik Umno. PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 sudah
berdepan dengan Umno sejak pilihan raya 1959. Malah sebelum itu lagi
perjuangan Islam yang dibawa parti yang asal sebelum tertubuh PAS iaitu
Hizbul Muslimin diharamkan penjajah British yang rapat dengan Umno.
Lagikan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah berikrar tidak akan
kembali kepada Umno dengan ungkapan 'sudah bakar jambatan', akhirnya
pulang beramai beramai dipimpin oleh beliau sendiri ke dalam Umno.
Inikan pula Mahathir yang punya begitu banyak kepentingan berkait
masa depan politik dan perniagaan anak anak beliau, rakan rakan rapat
beliau dari kalangan rangkaian ahli ahli perniagaan kroni beliau.
Jika rakyat betul-betul tidak mahu budaya kerosakan yang di bawa oleh
Umno terus merosakkan negara sehingga akhirnya rakyat menjadi susah,
tiada guna kita jatuhkan Umno Najib tetapi akhirnya yang naik berkuasa
adalah Umno Mahathir pula yang sudah terang lagi bersuluh acuan yang
sama.
Banyak kerosakan yang berlaku adalah hasil didikan Umno era Mahathir.
Kepimpinan Umno hari ini mengikut teladan yang ditunjukkan Mahathir
sendiri.
PAS menyeru perubahan dengan meletakkan Islam memimpin. Ia satu
jaminan yang akan memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada orang
Melayu, malah juga orang Cina , India, Iban, Kadazan serta semua kaum
lain. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan