DETIK DAILY
Gabungan untuk pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) hari ini
mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 'mengasak' proses persempadanan
semula dilakukan sebelum pilihan raya umum, walau pun memiliki banyak
masa untuk menyiapkannya.
Dalam suatu kenyataan, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memetik tempoh waktu kes-kes SPR di mahkamah sebagai contoh.
"Pada 7 Disember 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes
(persempadanan semula) Selangor, tetapi perintah penangguhan sehinggalah
rayuan diputuskan telah diberikan. Pada 18 Disember 2017, SPR merayu
kepada Mahkamah Rayuan terhadap perintah penangguhan itu dan berjaya
dalam rayuannya.
"Di antara 27 Disember 2017 dan 9 Januari 2018, SPR mengadakan dua
siasatan tempatan dan pada 15 Januari menerbitkan sempadan baru kawasan
pilihanraya bagi pameran semakan awam.
"Kesemua ini dilakukan dalam masa sebulan, walaupun SPR memiliki masa
sehingga bulan September 2018 bagi menyiapkan proses tersebut. Sangat
jelas mereka mahu ia diluluskan sebelum pilihan raya umum," kata beliau.
Maria menambah analisis awal BERSIH mendapati SPR telah menarik balik
beberapa cadangan yang disyorkan dalam pameran semakan awam kali
pertama, tanpa membetulkan isu-isu amalan persempadanan semula yang
menguntungkan parti pemerintah seperti malapportionment (salah bahagi nisbah kawasan pilihan raya yang tidak sama rata) dan gerimander (manipulasi sempadan daerah mengundi).
"Kadar salah bahagi (kerusi yang tidak sama rata) itu masih sangat
tinggi pada cadangan persempadanan semula untuk semakan awam yang kedua
ini. Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling besar ialah Seri Serdang
dengan 74,563 pengundi, manakala kerusi DUN paling kecil Sungai Air
Tawar dengan 15,033 pengundi.
"Kerusi parlimen paling besar Kapar memiliki 146,317 pengundi,
sementara kawasan parlimen paling kecil Sabak Bernam, memiliki seramai
37,126 pengundi. Perbezaan sebanyak empat kali ganda," katanya.
Beliau menggesa para pengundi Selangor membantah cadangan
persempadanan semula yang sedang dipamerkan kali kedua untuk semakan
awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan