Sabtu, 20 Januari 2018

Jom Ubah : Tidak Tukar Kerajaan Umno/Bn Negara Boleh Hancur

DETIK DAILY



DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berterusan meracuni otak rakyat dengan *mengamalkan politik sempit, mengugut atau menakutkan rakyat sebagai strategi untuk kekal berkuasa*.

Mungkin beliau dalam keadaan terdesak, tertekan atau takut kerajaan pimpinannya tumbang maka beliau turun dalam stigma sedemikan bagi *mengajak rakyat berkongsi ketakutannnya*.

2. Ucapan berapi-api beliau ketika lawatannya ke Sabah menyinarkan ugutan dengan penuh emosi agar rakyat di sana *jangan menukar kerajaan kerana jika silap menukar kerajaan, negeri atau negara boleh hancur*.

Nada ketakutan,kerisauan dan kebimbangan PM Najib Razak terhadap kebangkitan rakyat terserlah sehingga terbawa-bawa dalam ucapannya.

Mungkin beliau sudah merasakan *tsunami perubahan sudah melanda rakyat bahawa kerajaan pimpinannya sudah tidak lagi relevan* dan perlu ditukar pada pilihan raya umum ke-14.

3. Begitu mudah PM Najib Razak menanam sikap prejudis rakyat terhadap pembangkang khususnya Pakatan Harapan.

PM Najib Razak masih membawa *pendekatan politik lapuk dan kuno di tengah masyarakat Malaysia yang celik politik* dengan menjadikan budaya 'khurafat UmnoBn" untuk mengangkat parti pimpinan pemerintah dijulang melangit manakala parti pembangkang dihumban dengan hina ke laut adalah bukti mengekalkan *fahaman khurafat seolah-olah hanya UmnoBN sahaja layak menjadi kerajaan sementara parti pembangkang lainnya tidak layak memerintah*.

Lebih mengerikan apabila tohmahan bahawa pembangkang akan menghala rakyat ke arah perpecahan dan kemusnahan manakala hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan kesejahteraan negara.

4. PM Najib Razak lupa, bahawa sebagai sebuah negara demokrasi, setiap parti politik yang sah berdaftar berhak untuk diundi oleh rakyat sama ada kerajaan mahupun pembangkang, jika mereka telah dipilih oleh majoriti rakyat pastinya parti tersebut akan menguasai kerajaan.

*Jika doktrin PM Najib Razak bahawa hanya BN sahaja layak memerintah, tidak perlu adanya demokrasi untuk diamalkan di negara ini* dan lebih baik terapkan terus sistem pemerintahan diktator dimana hanya beliau dan BN sahaja ada sebagai sebuah parti dan tidak ada parti lainnya sorta *haramkan parti selain UmnoBn daripada bertapak di negara ini*.

5. Apakah Najib menyangka parti selain BN tidak berfikir soal kemajuan dan pembangunan negara?.
*Pakatan Harapan telah diketahui merangka pelan penyelamat negara* dari kehancuran yang berlaku sekarang hasil 'tangan kotor' politik salah guna kuasa UmnoBn,rasuah,curi khazanah negara dan membeban rakyat.

Mengekal PM Najib Razak dan UmnoBn bekmakna mengekalkan *"pemerintahan gali lubang tutup lubang"* yang akhirnya menjadi beban kepada rakyat.

Negara dan rakyat amat memerlukan perubahan kuasa poltik manakala *Najib Razak serta UmnoBn tiada lagi keperluan untuk negara dan rakyat*.Perdana Menteri baru dan kabinet kepimpinan wajah baru dari PH perlu dibentuk untuk masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

6. Pemikiran sempit PM Najib Razak dengan adaian jika rakyat tukar kerajaan, negeri dan negara akan hancur sangat lucu apabila negeri Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang diterajui oleh pembangkang terbukti masih utuh dan terus berdaya maju. *Selangor dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi negara*.

Tidak terdengar adanya rakyat di negeri tersebut yang melarikan diri keluar negara kerana hidup sengsara,bahkan jika kerajaan negara ini bertukar, negara ini akan menjadi lebih baik dan jauh maju kehadapan kerana dipimpin oleh pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab serta mampu mereformasi institusi.

7. Kehancuran negara bukan disebabkan oleh bertukarnya kerajaan sebaliknya *mengekalkan kerajaan UmnoBn boleh menyebabkan negara terjerumus ke jurang kehancuran yang lebih buruk*.

Rakyat wajib menukar Kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang korup, rasuah, mementingkan diri sendiri, mencuri harta negara dan rakyat, melantik suku sakat dalam pelbagai agensi penting serta bertindak menyekat pelbagai kemudahan untuk rakyat, menipu rakyat, dan bertindak zalim memusnahkan negara.

Oleh demikian Pakatan Harapan dilihat rakyat sedang berusaha keras bagi menyelamatkan negara dari kemusnahan dan kehancuran oleh pemimpin UmnoBN.

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*Ahli Parlimen Pokok Sena

Tiada ulasan: