Sabtu, 20 Januari 2018

PCM mahu tanding di lima kerusi, Ikatan pula belum ada kata putus

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti komponen Gagasan Sejahtera, Parti Cinta Malaysia (PCM) mahu bertanding sekurang-kurangnya di lima kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
 
Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya akan berbincang mengenai hasratnya itu dengan PAS dan sebuah lagi rakan parti komponen, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).
 
"Kalau bincang kedua-dua (PAS dan Ikatan) setuju kita tanding sahajalah. Tak pasti lagi berapa tapi kalau tanding lebih lima kerusi,” katanya dipetik sebuah portal.
 
Bekas naib presiden Gerakan itu menjangkakan partinya akan bertanding di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
 
"Kita melihat kepada kawasan yang ada peluang untuk menang dan ada akar umbi, jika tiada akar umbi kita tidak bertanding," katanya lagi.
 
Bagi Ikatan pula, presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir belum dapat mengesahkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi parti itu.
 
Kadir bagaimanapun mengakui beliau sendiri tidak akan bertanding, manakala menyerahkan kepada pimpinan lain jika ada yang berminat untuk berbuat demikian.
 
“Mungkin ada (dalam IKATAN yang akan bertanding), tapi setahu saya mereka tak tunjuk minat setakat ini. Kami tak minta (kerusi), tak pernah bincang mengenai kerusi dengan PAS setakat ini," katanya.
 
 

Tiada ulasan: