Selasa, 23 Januari 2018

Pelajar tingkatan dua cedera dibelasah 15 senior

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
GEORGE TOWN: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, cedera selepas dilaporkan dipukul lebih 15 pelajar tingkatan empat sekolah itu awal pagi Sabtu lalu.
 
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, pelajar berusia 14 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 8.50 malam Ahad selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kepala Batas.
 
“Menurut pelajar itu, kejadian berlaku kira-kira 3 pagi di tingkat 3 koridor asrama lelaki sekolah berkenaan dan ia dipercayai berpunca daripada salah faham sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati seorang pelajar tingkatan empat kerana diejek dan ditertawakan,” katanya semalam.
 
Beliau berkata, pelajar tingkatan empat itu bertindak memanggil kira-kira 30 rakannya dan 15 daripada mereka memukul, menampar dan menendang mangsa serta tiga lagi rakannya yang juga pelajar tingkatan dua menyebabkan lebam dan calar di kaki serta badan.
 
Namun, katanya, hanya seorang pelajar yang tampil membuat laporan polis.
 
“Polis memanggil beberapa pelajar yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu semalam untuk direkodkan keterangan dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis. Siasatan lanjut kes itu dijalankan,” katanya.
 
 

Tiada ulasan: