Ahad, 21 Januari 2018

PPBM tak perlu ajar PAS, kata Naib Presiden

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS menyindir PPBM yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai parti yang mahu 'tunjuk pandai' apabila mengajar parti berteras Islam itu bagaimana untuk menjadi pembangkang melawan Umno-Barisan Nasional (BN).
 
Naib Presidennya Dr Idris Ahmad berkata, PAS sudah berada dalam arena politik pembangkang ini lebih 60 tahun dan lebih mengetahui selok-beloknya berbanding dengan PPBM yang baru setahun jagung berada dalam Pakatan Harapan (PH).
 
“Kita akan buktikan bahawasanya PAS telah masak dalam pertarungan Pilihan Raya ini. Sebab itu ada orang nak ajar PAS jadi pembangkang lawan Umno. Padahal dia tu sehari dua keluar dari Umno. 
 
“Nak belajar lawan BN kena belajar dari PAS. Betul? Ini baru nak belajar jadi pembangkang dia nak ajar PAS menjadi pembangkang. Itu pasal dia keluar Umno sebab tidak dapat dedak.
 
“Kita bertarung selama lebih 67 tahun. PAS berada di persada paling tinggi di negara ini. Tidak lain dan bukan kerana dasar dan prinsip,” tambahnya.
 
 

Tiada ulasan: