Ahad, 21 Januari 2018

Umno Sembrong buat laporan polis terhadap Liew Chin Tong

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KLUANG: Umno Sembrong membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berhubung kenyataan fitnah yang dilemparkan berkaitan kononnya berlaku pergerakan anggota tentera di kawasan Parlimen itu.
 
Laporan tersebut dibuat oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Sembrong, Datuk Abd. Ghani Abd. Rashid di Balai Polis Kampung Gajah, kira-kira pukul 3.30 petang tadi.
 
Abd. Rashid berkata, laporan tersebut dibuat ekoran kenyataan fitnah Chin Tong yang dikhuatiri boleh membawa kepada politik kebencian di Parlimen Sembrong.
 
“Laporan polis hari ini bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat Ahli Parlimen Kluang itu kerana kenyataan fitnah dan pembohongan beliau boleh mencalarkan imej beberapa pihak,” katanya selepas selesai membuat laporan tersebut sebentar tadi.
 
Yang turut serta, Ketua Pemuda Umno Bahagian Sembrong, Onn Hafiz Ghazi serta lebih 100 ahli UMNO, MCA dan MIC bahagian itu termasuk golongan pemuda.
 
 

Tiada ulasan: