KUALA LUMPUR: PAS menawarkan dua solusi kepada para siswazah berhubung isu pendidikan, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
“Isu pendidikan yang menjadi persoalan
kini adalah bebanan yang ditanggung oleh rakyat untuk mereka masuk ke
alam pengajian tinggi disebabkan oleh yurannya yang di luar kemampuan
rakyat,
“Oleh
kerana itu, rakyat hari ini terpaksa pinjam dengan satu tabung yang
namanya PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan apabila
mereka habis belajar mereka terbeban dengan hutang tersebut.” kata
beliau dalam rancangan Bicara Malaysia Sejahtera yang disiarkan di FB
Live, malam tadi.
Menurutnya, jika hutang tersebut tidak dibayar dalam tempoh setahun, maka mereka boleh disenaraihitamkan.
Sehubungan itu, katanya PAS menawarkan dua penyelesaian kepada isu pendidikan itu kepada golongan siswazah khususnya anak muda.
“Pertama, berhubung dengan PTPTN, kita
akan hapuskan. Kita lupuskan segala hutang yang sedang ditanggung oleh
pelajar-pelajar yang baru habis pengajian ini. Ini adalah bagi jangka
masa pendek,” ujarnya.
Beliau menambah, manakala bagi perancangan jangka masa panjang pula adalah berkenaan tabung yang bersifat hibah.
Kaedah itu, kata beliau akan membawa ke arah menjadikan yuran pengajian di peringkat universiti awam secara percuma.
“Macam mana seseorang yang nak berlari
dengan membawa beban, boleh untuk berlari laju? Ini satu sekatan kepada
rakyat muda khususnya. Kerana itu kita tawarkan kepada rakyat,” kata
beliau menerangkan lagi konsep PTPTN yang membebankan para siswazah
kini. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan