Khamis, 19 April 2018

Lelaki maut dipukul

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut dipercayai akibat dipukul di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di sini, malam tadi.
 
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata mangsa, berusia 53 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian.
 
"Kita terima laporan mengenai kejadian kira-kira jam 7.30 malam dan sebaik pasukan forensik tiba di lokasi, pemeriksaan ke atas mangsa mendapati ada kecederaan parah dipercayai akibat dipukul di bahagian belakang kepala.
 
"Motif kejadian masih disiasat, kita sedang kenal pasti suspek dan setakat ini pihak polis percaya ada petunjuk untuk mengesan suspek.
 
"Berdasarkan semakan awal, mangsa mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan kes dadah," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
 
Roy berkata, mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat manakala kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
 
 

Tiada ulasan: