Jumaat, 20 April 2018

PAS Kelantan jaga kebajikan masyarakat bukan Islam: DHPP

ainulillia

 

Tiada kuil diroboh, orang India diberi hak kebebasan beragama


CHANGKAT JERING  – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memuji kerajaan PAS Kelantan kerana mampu menjaga kebajikan umat Islam di negeri itu, bahkan orang bukan Islam juga turut mendapat kelebihan sama.

Calon DHPP Parlimen Kampar, M Yogen berkata, PAS tidak menganggu orang bukan Islam, malahan hak kebebasan beragama juga tidak pernah diganggu gugat.

“Ini adalah faktor utama pengundi masyarakat India kini cenderung menerima parti ini. Malah tiada sebuah kuil Hindu pun yang dirobohkan kerajaan PAS Kelantan. Penganut agama itu diberi ruang membangunkan lebih banyak rumah ibadat mereka,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang sepuluh tahun bersama PAS melalui DHPP, mereka sudah diberi jaminan bahawa kepimpinan PAS akan menjaga kepentingan masyarakat bukan Islam.

“Jadi saya yakin, PAS juga akan menjaga kemudahan penganut agama lain beribadat, sebagaimana parti itu mempertahankan kesejahteraan agama Islam di negara ini.

“Orang yang kuat berpegang pada agama tidak akan menipu dan jujur pada Tuhan masing-masing. Justeru, saya gembira bersama PAS. Saya nak beritahu masyarakat India, hanya dengan kebaikan keagamaan sahajalah, sesebuah kerajaan mampu memandu kesejahteraan rakyat,” katanya.

Selain Yogan, dua lagi calon bukan Islam dipertaruhkan PAS Perak ialah S Kumaresan bagi DUN Pasir Bedamar dan J Applasamy (DUN Sungkai).

Dua lagi tambahan calon bukan Islam dijangka akan diletakkan di kerusi Parlimen Taiping dan Beruas.


Tiada ulasan: