Jumaat, 20 April 2018

PPBM bertanding 10 kerusi Parlimen, 18 DUN di Johor

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MUAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diarahkan pembubaran sementara oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengumumkan bertanding di 10 kerusi Parlimen dan 18 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
 
Semua nama calon berkenaan diumumkan sendiri oleh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad di akhir sesi ceramah Jelajah Harapan Pagoh di Kampung Sri Tanjung, Jalan Panchor-Grisek di sini, malam tadi.
 
Mendahului senarai calon yang akan bertanding mewakili parti itu di Johor pada PRU 14 ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan bertanding calon DUN Gambir selain mengekalkan kerusi tradisinya iaitu Parlimen Pagoh.
 
 

Tiada ulasan: