Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Ketua Pemuda PAS Pusat Muhammad Khalil Abdul Hadi mengesahkan parti itu meletakkan lebih ramai calon daripada kalangan golongan muda pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini selaras perkembangan serta pola pengundian semasa.
Beliau berkata PAS perlu bersaing dengan parti-parti lain untuk
mendapatkan sokongan pengundi muda yang dikatakan sebagai penentu
kemenangan dalam PRU14 pada 9 Mei nanti.
"Alhamdullillah semua jentera Pemuda bekerja di semua peringkat iaitu
di Parlimen dan DUN, tinggal lagi kita akan tunggu pengisytiharan calon.
"Setakat ini calon daripada Pemuda saya boleh sahkan di sini di seluruh
negara tidak kurang daripada 50 kerusi untuk Pemuda," katanya kepada
Antarapos.
Justeru ujar Khalil, PAS perlu menjadi parti tunjang yang mendepani
isu-isu anak muda selain memastikan parti berteraskan Islam ini menjadi
pilihan dalam kalangan anak muda di negeri ini.
"Jadi tidak kurang (daripada 50 kerusi), mungkin lebih lagi cuma
rasminya akan diisytiharkan nanti...itu tidak termasuk kerusi Pemuda
daripada Dewan Ulama dan Dewan Muslimat.
"Kalau dicampurkan maknanya lagi banyaklah, jadi pilihan raya kali ini
banyak kerusi yang akan ditandingi oleh anak muda secara keseluruhan,"
katanya.
Mengulas lanjut kata beliau, pihak mensasarkan kemenangan 100 peratus
di kawasan ditandingi wakil sayap pemuda PAS itu selain memastikan
Pakatan Harapan tidak memperoleh kemenangan.
"Kita sasar untuk menang semua (kerusi).
"Kita sasar untuk menang semua (kerusi).
"Kita akan bergerak mengikut hala tuju dan objektif yang telah
digariskan oleh parti iaitu memenangkan PAS dan yang kedua memastikan PH
tidak menang," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan