Khamis, 19 April 2018

Saya tahu cara Khaled nak kalahkan saya, kata Muhyiddin

 
Muhyiddin berterima kasih kepada Khaled kerana mendedahkan kerusi yang tandinginya.
 
 



PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin “berterima kasih” kepada Pengerusi BN Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana mendedahkan kerusi yang ditandinginya.

Presiden PPBM itu berkata dia juga tahu cara yang akan Khaled gunakan untuk mengalahkannya di Parlimen Pagoh.

“Durian runtuh yang agak runtuh berderai-derai sampai ke bawah, tawaran-tawaran, bantuan-bantuan ataupun dia serahkan bantuan,” kata pada sidang media di Ibu Pejabat PPBM Pagoh hari ini.

Pengesahan Muhyiddin akan mempertahankan kerusi Parlimennya dan membayangkan dirinya bertanding di DUN Gambir, selangkah untuknya kembali ke arena politik negeri, menarik tumpuan Barisan Nasional kepadanya.

BN Johor baru-baru ini berikrar akan memastikan kekalahan Muhyiddin.

Muhyiddin berkata PPBM, parti serpihan Umno yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin veteran parti itu, akan mengumumkan 10 calon Parlimen dan 18 calon DUN bagi Johor malam ini.

Bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri besar Johor ini menyahut ikrar BN negeri dengan berkata rakyat sudah menilai mereka.

“Apa juga bentuk serangan kerana rakyat faham, rakyat tahu, rakyat boleh menilai,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI

 

Tiada ulasan: