Khamis, 19 April 2018

Timbalan presiden MIC bertanding di Jelebu?

 
SK Devamany 'turun padang' hari ini untuk mendapatkan gambaran sebenar.




PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC Datuk Seri SK Devamany berteka-teki mengenai desas desus mengatakan MIC akan bertanding di Parlimen Jelebu dan beliau calon di kawasan terbabit.

Devamany “turun padang” hari ini untuk mendapatkan gambaran sebenar.

“Saya hari ini akan pergi sana, bila saya dah turun padang sikit, telefon saya esok pagi. Izinkan saya untuk dapatkan sedikit gambaran. Saya tak mahu berkata apa-apa sebelum saya turun padang…minta maaf,” katanya.

Desas desus mengatakan Umno dan MIC akan menukarkan kerusi Jelebu dengan Port Dickson, dan penyerahan kerusi Jelebu kepada MIC mengundang kritikan bekas wakil rakyat Tan Sri Rais Yatim.

Ketua Umno bahagian Datuk Jalaluddin Alias berkata peratusan kaum Melayu jauh lebih besar berbanding India namun Umno Jelebu dan Negeri Sembilan akan mengikuti rancangan pucuk pimpinan untuk pilihan raya umum.

Menurut data yang dilihat FMT, pada pilihan raya lepas orang Melayu membentuk 63%, Cina (26%), India (6%) dan lain-lain (5%).

Tiada ulasan: